Bila dah masuk universiti nie, exam tue kira perkara biasa la. Quiz pun dah macam exam, assingment pun dah macam exam, final exam lagilah macam exam. Topic paling tidak digemari oleh golongan pelajar adalah exam. Kadang-kadang yang menjadi isunya adalah sesetengah subjek tidak langsung akan berkaitan dengan kerjaya yang bakal kita lalui kelak. Jadi, apa gunanya subjek2 tersebut diperkenalkan.
Pelbagai perubahan dan rombakan silibus pengajian dijalankan dari dahulu hingga sekarang. Sejajar dengan perubahan pasaran kerja, silibus pengajian di universiti juga turut berubah. Memang membebankan bila berjalan ke dewan peperiksaan dan menghadapi tekanan mental dengan suasana yang sunyi, sejuk dan membosankan. Ada yang bertanya, adakah peperiksaan dapat dihapuskan dan biarkan pelajar terus belajar dan dinilai dari segi pembentangan kertas subjek, kerja kursus dan kecekapan mengaplikasikan subjek tersebut dengan kerjaya.
Sesungguhnya, peperiksaan tidak dapat dihapuskan. Andai kata peperiksaan dihapuskan, maka kualiti pelajar2 di Malaysia akan menjadi teruk dan mundur. Banyak pelajar yang selalu mengharapkan jalan pintas tanpa kesusahan (termasuk saya) untuk mencapai kejayaan. Ya, penting bagi kita mencari jalan dan cepat dan selamat. Peperiksaan merupakan jalan yang panjang dan berliku.
Walaubagaimanapun, adakah kita mengaplikasikan subjek2 yang dipelajari di universiti di dalam kehidupan dan kerjaya kita ataupun kita akan mula belajar benda yang lain di tempat kerja bagi memenuhi kehendak majikan? Selagi pengaplikasian terhadap subjek2 tersebut tidak berlaku, bagi saya, peperiksaan hanyalah satu formaliti bagi sesebuah universiti.
Peperiksaan adalah penting, penguasaan kemahiran berperanan penuh.
wahahaha..yala...exam dah kira biasa bagi kami lo..tak suka exam la..very stress lo.
ReplyDeletetapi jika x ada exam.. mungkin saya tak kan buka buku dan belajar lo..macam ini x boleh belajar apa apa pun lo..
asal ur blog mcm formal sgt ni?!=P
ReplyDelete